RSS

Universiti Perdana | Universiti Perubatan Baru Di Malaysia


Disini kami ingin berkongsi berita semasa yang berkenaan dengan terdapat universiti terbaru di Malaysia pada tahun 2011 ini…
Sebelum tu adakah anda semua sudah mengetahui nama universiti terbaru ini??
Nama universiti terbaru Malaysia ialah UNIVERSITI PERDANA.
Universiti Perdana iaitu sebuah universiti baru di Malaysia telah pun dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti Perdana ini.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi sini sementara menunggu kampus tetap Universiti Perdana ini akan siap pada 2013.

Antara tujuan pembukaan Universiti Perdana ini adalah untuk meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.

Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons in Ireland.

Secara peribadi, bagus juga adanya Universiti Perdana ini. Pelajar perubatan tidak perlu lagi ke luar negara untuk melanjutkan pengajian. Ini dapat dapat menjimatkan kos kerana kos untuk belajar perubatan di Amerika dan di negara-negara lain sangat tinggi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors