RSS

Pengadil Bola Sepak Wanita Termuda di Dunia


Daisy Pengadil Bola Sepak Wanita Paling Muda Dunia
Daisy, seorang gadis berusia 14 tahun telah disahkan sebagai pengadil bola sepak wanita paling muda dunia oleh Guinness World Record.

Gadis muda itu yang berasal dari Somerset (UK) telah menerima kelayakan tahap sembilan dari Persatuan Bola Sepak (The Football Association) pada awal tahun ini. Dia terpaksa menjalani kursus latihan selama dua minggu iaitu 16 jam untuk layak mengendalikan perlawanan bola sepak bawah umur 11 tahun.

Daisy, yang bermain untuk pasukan tempatan Lydeard, berkata dia berharap untuk menjadi seorang pengadil dewasa dan menjadikannya kerja sambilan apabila dia berumur 16 tahun kelak.

Dia menyertai 25,502 pengadil bertauliah di England, dengan hanya 407 yang terdiri daripada wanita.

Walaupun Daisy mencatat rekod baru untuk pengadil wanita, rekod untuk orang yang paling muda mengadili satu perlawanan bola sepak kompetitif masih dipegang oleh Samuel Keplinger (Jerman) yang berusia 9 tahun 302 hari ketika dia merasmikan keputusan seri 0-0 antara SSV Bobingen dan SV Reinhartshausen di Bavaria, Jerman pada 24 Februari 2008.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors