RSS

Afrika Merahsiakan Lokasi Dan Jumlah Stok Sumbu


CAPE TOWN: Jumlah sumbu badak yang disimpan, dirahsiakan kerana masalah keselamatan memandangkan krisis pembunuhan haiwan itu yang semakin serius.

Menteri Alam Sekitar, Edna Molewa berkata semalam, lebih 200 haiwan itu dibunuh, tahun ini. 

“Kerja inventori sumbu badak yang dijalankan oleh agensi pemuliharaan Afrika Selatan telah selesai, tetapi disebabkan risiko keselamatan, Jabatan Alam Sekitar tidak boleh mengumumkan jumlah stok yang ada,” katanya.

Sumbu yang dikumpulkan kebanyakannya daripada haiwan yang telah mati secara semula jadi dan ada juga yang dirampas daripada pemburu haram.

Jumlah dan lokasi sumbu disimpan, dirahsiakan kerana takut diketahui oleh penjenayah kerana harga sumbu di pasaran gelap yang tinggi. -AFP


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors