RSS

Kumpulan Tablighi Jamaat dilarang bina masjid terbesar Britain



LONDON: Sebuah pertubuhan dakwah Islam dinafikan hak mereka untuk membina masjid dengan saiz empat kali ganda lebih besar berbanding Gereja St Paul.
Keputusan itu dibuat Majlis Perbandaran Newham, semalam.

Jika pembinaan itu dibenarkan, Masjid Abbey Mills juga dikenali sebagai Pusat Riverine akan menjadi pusat Islam terbesar di Britain dan Eropah Barat.


Kumpulan Tablighi Jamaat berkata, mereka bercadang membina masjid dengan kapasiti 9,000 orang di West Ham tetapi tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketika ini, kumpulan berkenaan menggunakan sebahagian daripada tapak seluas enam hektar di Abbey Mills sebagai pusat ibadah, dikenali Masjid Ilyas yang dapat menampung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa. Pada awalnya, majlis perbandaran mempertimbangkan cadangan perluasan masjid di tapak industri itu.

Selepas bermesyuarat, PBT berkenaan menolak permohonan itu dengan memberi alasan, ia terlalu besar dan memberi kesan kepada bangunan bersejarah berhampiran. - TS


sumber:hmetro.com.my
Continue Reading... Labels:


Motor Terbang Atasi Kesesakan



SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
SUPER Sky Cycle ini bergerak dengan kelajuan maksimum 56 kilometer sejam di udara atau 105 kilometer sejam di jalan raya.
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.
APABILA tidak terbang, kipas pada kenderaan ini boleh dilipat supaya dapat dipandu di jalan raya.
AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.
Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.

Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.


Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.

Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.


Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.



Kenderaan berharga �46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.

Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. “Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat,” katanya. Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.


Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. “Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini,” katanya. - DM

sumber:hmetro.com.my
Continue Reading... Labels:


Gempar bangunan MAA terbakar


SEREMBAN – Lapan terperangkap manakala empat daripada mereka cedera dalam kejadian ‘kebakaran’ yang berlaku di bangunan MAA di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam tiga petang itu, lebih kurang 389 kakitangan di bangunan Tabung Haji dan bangunan MCIS Zurich gempar apabila ruang pejabat di tingkat lapan tiba-tiba terbakar.


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban, Zulkifli Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pertama pada jam 3.04 petang dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas itu.

Katanya, setibanya di lokasi, asap tebal mula menyelubungi ruang pejabat di bangunan MCIS Zurich itu, dan kesemua pekerja yang ada telah pun turun untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran ini hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan operasi latihan kebakaran.



Zulkifli berkata, latihan kebakaran merupakan satu langkah persediaan bagi pihaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di bangunan tersebut.

Malah menurutnya, pihak bomba juga menggunakan alternatif pilihan dalam latihan tersebut, dengan menggunakan air dari kolam berdekatan bangunan Umno di Seremban itu untuk tujuan memadamkan api, sekiranya air dari jentera tidak mencukupi.

“Secara keseluruhannya kita melihat latihan yang dilakukan ini berjaya berdasarkan kepada masa mengawal kebakaran adalah memuaskan.

“Saya berharap, dengan adanya latihan seperti ini, ia mampu memberi keyakinan yang lebih kepada para anggota bomba untuk menjalankan tugas-tugas menyelamat di bangunan tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Continue Reading... Labels:


Isteri mengaku curang mengaku 10 kali terlanjur.. Apa nak jadi nii…?





Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.

Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.

“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.
Continue Reading... Labels:


Seks untuk dapat kontrak



ZHAO guna wang untuk rawat bapa.
ZHAO guna wang untuk rawat bapa.
BEIJING: Inilah wanita yang dirakam mengadakan seks dengan pegawai Parti Komunis China dalam video yang tersebar di Internet sehingga menggemparkan seluruh negara itu.
Lei Zhengfu, ketua parti peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China, dipecat selepas video itu tersebar awal bulan ini.
Wanita itu mulanya didakwa perempuan simpanan Lei. Bagaimanapun, laporan terbaru berkata, dia sebenarnya pelacur yang diupah oleh sebuah syarikat pembinaan bagi mendapatkan kontrak daripada pegawai terbabit.

Zhao Hongxia yang berusia 18 tahun ketika video itu dirakam pada 2007, menulis dalam blognya bahawa dia dibayar RM25,000 untuk tidur bersama Lei.



Katanya, wang berkenaan digunakan untuk membayar bil perubatan bapanya.


Zhao yang kini berusaia 23 tahun dan sudah menjadi jururawat berkata, dia ditawarkan wang itu oleh ketua sebuah syarikat hartanah.

“Dia berterus terang, bertanya sama ada saya mahu jadi pelacur, melayani pegawai kerajaan yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya,” kata Zhao.

Video itu mencetuskan satu lagi skandal dalam Parti Komunis di bandar yang sebelum ini diketuai oleh Bo Xilai, ahli politik yang dipecat sebelum ini.

Bagaimanapun, ia mungkin hanya satu permulaan apabila seorang bekas wartawan berkata, dia mungkin mendedahkan video serupa membabitkan lebih ramai pegawai bandar raya itu sedikit masa lagi.

Parti itu sebelum ini berdepan dengan skandal yang menyebabkan pemecatan Bo dan memburukkan lagi reputasi parti di mata orang ramai.

Chongqing, bandar raya yang diketuainya, digambarkan oleh pendakwa raya dan media sebagai penuh dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Isteri Bo didapati bersalah membunuh seorang ahli perniagaan Britain sementara dia sendiri berdepan dengan tuduhan rasuah serta menghalang keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Berita mengenai video seks itu yang dipercayai dirakam pada 2007 hanya tersebar bulan ini ketika barisan pemimpin baru China meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Video itu tersebar di Internet negara itu pada 20 November selepas imej rakaman itu dimuatnaikkan oleh bekas wartawan, Zhu Ruifen menerusi laman webnya yang didaftarkan di Hong Kong.

Video berkenaan yang dirakam secara sulit dari meja sebelah katil menunjukkan Lei mengadakan seks dengan wanita itu.

Zhu memberitahu wartawan bahawa Zhao, yang wajahnya tidak kelihatan dalam gambar yang dipetik daripada video itu, diupah oleh sebuah syarikat pembinaan untuk tidur dengan Lei sebagai balasan memperoleh kontrak.

Syarikat itu kemudian cuba menggunakan video itu untuk memeras lebih banyak kontrak daripada Lei.

Zhu berkata, dia memperoleh video itu daripada petugas Biro Keselamatan Awam Chongqing yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya, dia juga diberikan video serupa membabitkan lima pegawai bandar raya itu yang lain tetapi kini berusaha mengesahkan kandungannya sebelum mendedahkannya kepada umum. - DT

Continue Reading... Labels:


‘Durian timpa kepala anakku’



SITU...Samimi menunjukkan tempat durian menimpa dia dan bayinya.
SITU...Samimi menunjukkan tempat durian menimpa dia dan bayinya.
NIBONG TEBAL: “Kepalanya berdarah tapi tak banyak, sebaliknya anak saya terus diam dan tidak sedarkan diri,” kata Samimi Kasmin, 29, ibu bayi berusia 38 hari yang mati akibat ditimpa sebiji buah durian yang baru gugur di belakang rumah mereka di Lorong Badak Mati, Sungai Bakap, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Muhammad Yusoff Zainal yang cedera di sebelah kiri kepala, disahkan meninggal dunia sejam selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB).
Samimi berkata, durian seberat 2.1 kilogram yang gugur itu terlebih dulu mengenai bahu kirinya sebelum menimpa kepala bayi yang berada dalam dukungannya.

Menurutnya, ketika kejadian dia mahu mengangkat pakaian di ampaian terletak kira-kira enam meter dari pintu belakang rumahnya.



“Pada mulanya, saya mahu tinggalkan anak di dalam rumah tapi ketika saya baru melangkah ke pintu, dia menangis lalu saya mendukungnya dan keluar untuk mengangkat kain di ampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Continue Reading... Labels:


Tiada wang kebumi ibu



SHAH ALAM: Hanya rasa syukur dapat diucapkan seorang pemuda keturunan Iban apabila kemelut untuk menguruskan jenazah ibunya selesai selepas terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan daripada pelbagai pihak kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk melakukan urusan pengebumian.
Zacchaus Anak Ekek, 30, berkata, mendiang ibunya, Siah Anak Ringit, 60-an, meninggal dunia 15 November lalu akibat pendarahan otak dan perlu dibawa pulang ke Sibu, Sarawak untuk urusan pengebumian selepas disahkan meninggal dunia namun hasratnya itu terpaksa ditangguhkan.

Atas rasa simpati sesama manusia, Penyelaras Barisan Nasional Bahagian (BN) Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zain, sudi menanggung kos pengebumian ibu Zacchaus yang berjumlah RM5,000 untuk dihantar pulang ke kampung halamannya. Menurut Zacchaus, jenazah ibunya terpaksa diletakkan sementara di sebuah syarikat pengurusan mayat, manakala dia dan adiknya berusaha mendapatkan wang untuk menguruskan proses pengebumian.

“Dalam tempoh itu, kami masih tidak dapat mengumpul wang yang diperlukan iaitu RM5,000. Pelbagai cara kami gunakan termasuk memohon bantuan rakan-rakan dengan mengiklankannya di laman facebook, tetapi wang yang dikumpulkan tidak sampai RM1,000.

“Atas desakan rakan, kami turut meminta bantuan beberapa gereja berhampiran. Bagaimanapun, permohonan kami ditolak atas alasan wang kebajikan gereja berkenaan hanya diberikan kepada ahli kariah saja,” katanya ketika ditemui. Dia yang bekerja di sebuah pasar raya di sini kemudian menerima panggilan telefon daripada seorang ahli Pemuda Umno yang mengetahui masalah yang dihadapinya melalui facebook. Akhirnya, selepas lima hari jenazah ibunya ditempatkan di syarikat pengurusan mayat 20 November lalu, barulah dapat diterbangkan dan disemadikan di kampung halaman di Sibu selepas Ahmad Nawawi bersetuju menanggung segala kos pengebumian itu.

Continue Reading... Labels:


Dewan gamat Gangnam Style



KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno semalam riuh-rendah apabila Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kubang Pasu, Wan Zawiyah Wan Halim yang mengambil giliran di pentas membawa usul politik memilih memulakan perbahasannya dalam bahasa Siam.
Malah, keadaan semakin gamat apabila beliau turut menyelitkan jenaka spontan sambil menggayakan tarian ‘Gangnam Style’ yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, PSY.

Menurutnya, golongan muda hari ini sebenarnya cukup mudah didekati asalkan pemimpin tahu dan dapat memahami trend serta minat mereka.

“Dendangan lagu, Anak Kampung oleh Jimmy Palikat misalnya berupaya membuat orang muda lebih dekat dengan kita, drama cinta Adam Mukhriz dengan Ain Hawani juga boleh dijadikan suntikan emosi untuk dikongsi bersama pengundi wanita. “Malah, secara tidak langsung, lenggok tari Gangnam Style (sambil menggayakan tarian) juga mempunyai impak tersendiri kepada masyarakat muda apabila mereka boleh berkongsi minat sama dengan rakan berlainan bangsa, agama serta keturunan di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, situasi itu sebenarnya memberi ruang serta ruang kepada golongan pemimpin untuk memancing minat orang muda.


“Golongan berkenaan lebih suka jika suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu berkait mereka diselesaikan dengan cara bersesuaian,” katanya.


Continue Reading... Labels:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors