RSS

Gempar bangunan MAA terbakar


SEREMBAN – Lapan terperangkap manakala empat daripada mereka cedera dalam kejadian ‘kebakaran’ yang berlaku di bangunan MAA di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam tiga petang itu, lebih kurang 389 kakitangan di bangunan Tabung Haji dan bangunan MCIS Zurich gempar apabila ruang pejabat di tingkat lapan tiba-tiba terbakar.


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban, Zulkifli Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pertama pada jam 3.04 petang dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas itu.

Katanya, setibanya di lokasi, asap tebal mula menyelubungi ruang pejabat di bangunan MCIS Zurich itu, dan kesemua pekerja yang ada telah pun turun untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran ini hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan operasi latihan kebakaran.



Zulkifli berkata, latihan kebakaran merupakan satu langkah persediaan bagi pihaknya dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di bangunan tersebut.

Malah menurutnya, pihak bomba juga menggunakan alternatif pilihan dalam latihan tersebut, dengan menggunakan air dari kolam berdekatan bangunan Umno di Seremban itu untuk tujuan memadamkan api, sekiranya air dari jentera tidak mencukupi.

“Secara keseluruhannya kita melihat latihan yang dilakukan ini berjaya berdasarkan kepada masa mengawal kebakaran adalah memuaskan.

“Saya berharap, dengan adanya latihan seperti ini, ia mampu memberi keyakinan yang lebih kepada para anggota bomba untuk menjalankan tugas-tugas menyelamat di bangunan tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors