RSS

Aksi Sebenar Harimau Malaya | Highlight Gol Malaysia VS Laos 4-1 AFF Suzuki Cup 2012


KEJAYAAN besar menewaskan Laos dengan empat jaringan membuktikan kemampuan sebenar pemain negara dalam mempertahankan Piala AFF.
‘Anggap saya sudah kembali’

Pemerhati bola sepak negara, Reduan Abdullah berkata, perubahan yang dilakukan pengendali negara, Datuk K Rajagobal dalam kesebelasan utama nyata berkesan malam tadi terutamanya gandingan kapten pasukan, Safiq Rahim dan perancang Kelantan, Shakir Shaari.

“Saya nampak kehadiran Shakir memberi ruang yang luas kepada Safiq membuat hantaran kepada barisan serangan dan saya berharap ia dapat diteruskan apabila menentang Indonesia nanti,” katanya, malam tadi.

Menurutnya, wujud perubahan ketara dalam corak permainan skuad negara dengan kehadiran beberapa pemain yang diletakkan di bangku simpanan sebelum ini berbanding kesebelasan utama ketika menentang Singapura.

“Kehadiran Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahali Jasuli jelas menonjol,” katanya mengenai kedua-dua pemain itu.

Namun bekas pemain bola sepak kebangsaan itu mahu pemain negara tidak terus dibuai dengan kemenangan itu.

“Jentera serangan perlu lebih tajam lagi. Terdapat banyak peluang yang gagal disempurnakan, terutama pada babak pertama,” katanya. Mengenai perlawanan menentang Indonesia nanti, beliau berkata kejayaan skuad Garuda itu menewaskan Singapura perlu diambil kira.

“Kita kena tingkatkan lagi permainan. Peluang kini terbuka untuk ke separuh akhir, jadi jangan sia-siakannya,” katanya.

Empat gol Malaysia malam tadi dijaringkan Safiq diikuti Safee Sali, Mohd Khyril Muhyameen Zambri dan Wan Zack.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors