Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggillan Apek akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember tahun ini
Foto Leuniey Natasha bakal isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat
Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain pada kenyataan di akhbar
Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan
Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan
Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya
Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama
Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan