(Video) Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry diadakan selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam pada 23 Februari 2012 bertempat di Hotel Marriot.Hanya dengan sekali Lafaz Yusry Abdul Halim sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed.
Difahamkan sebelum bermulanya majlis pernikahan ianya dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Yusry dan Lisa Surihani diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.
Sumber : Enciknakal.com