RSS

Maut Kena Renjatan


PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang  dipercayai maut akibat renjatan elektrik, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat lelaki yang dipercayai maut akibat renjatan elektrik, semalam.
SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bilik bawah tanah sebuah pusat perniagaan pakaian di Jalan Tuanku Munawir di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 415 voltan, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata lelaki berusia 40-an itu yang melecur teruk di muka, mati di tempat kejadian.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi dan menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui lelaki yang hanya berseluar panjang, terbaring tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors