RSS

Harga barang lebih murah


MALAYSIA melaksanakan sistem harga subsidi bagi sesetengah barangan demi menjaga kebajikan rakyat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperluaskan Projek Penyeragaman Harga (PPH) meliputi 1,022 kawasan baharu di seluruh negara pada tahun ini.
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saripuddin Kasim (gambar kecil) berkata, daripada jumlah itu, 624 adalah kawasan sambungan projek sebelum ini, manakala 398 lagi merupakan kawasan baharu.
"Dengan pertambahan kawasan maka lebih ramai penduduk luar bandar dapat menikmati harga barangan bersubsidi pada harga yang sama seperti pengguna di bandar," katanya di sini semalam.
Saripuddin berkata, Sarawak merupakan negeri yang paling banyak mempunyai kawasan PPH iaitu 485 diikuti Sabah dengan 460 kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai muka bumi yang luas.
Katanya selain Sarawak dan Sabah, negeri lain di Semenanjung yang turut terpilih untuk pelaksanaan PPH ialah Kedah, Kelantan, Perak, Pahang serta Terengganu.
Saripuddin berkata, program tersebut telah berjalan dengan lancar serta memberi impak yang amat besar kepada penduduk di kawasan pedalaman.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors