RSS

Sinopsis Filem Apollo 18


Berdasarkan rakaman yang pernah disorokkan pihak NASA, Apollo 18 mendedahkan rahsia misi ke bulan yg disimpan kemas sekian lama. Filem ini meyakinkan kita bahawa Apollo 18 yg di rahsiakan 'penerbangannya' ke bulan selepas Apollo 17 adalah benar2 berlepas dan melakukan misi.

Menerusi penerangan yang ditulis sewaktu permulaan cerita, hanya misi Apollo 17 saja di war-warkan kepada umum. Namun hakikat yg sebenarnya, misi Apollo 18 memang wujud. Namun disebabkan misi sulit itu gagal, maka cerita mengenainya dilenyapkan begitu saja dan di rahsiakan!
Filem ini bermula dengan memaparkan temubual bersama tiga angkasawan NASA yang terpilih untuk menyertai misi rahsia Apollo 18 sekita tahun 70an. Tujuan mereka ke bulan adalah untuk memasang peranti yang boleh menghalang Amerika Syarikat daripada diserang musuh dari Russia dan juga penyerang berpotensi lain.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa disedari kehadiran mereka ke sana mempertemukan angkasawan ini dengan pelbagai kejadian misteri yang membantutkan impian untuk meneruskan amanah yang diberikan. Apollo 18 meneruskan tradisi konsep yang pernah diketengahkan menerusi filem Blair Witch Project dan juga Paranormal Activity yang menjadikan footage yang ditemui sebagai sebuah filem.

Selepas melalui proses suntingan ia kemudiannya ditayangkan kepada khalayak dan lazimnya teknik seperti ini menjadi kerana ia membuatkan penonton yang menyaksikannya percaya apa yang mereka tonton itu benar-benar berlaku. Jika selama ini kita sering dikhayalkan keindahan apabila manusia berjaya menjejakkan kaki ke bulan, tapi kali ini apa yang digambarkan adalah sisi hitam bulan yang dihuni makhluk asing!

Seperti juga Blair Witch Project dan Paranormal Activity yang penuh dengan elemen kejutan, Apollo 18 juga tidak lepas daripada paparan sebegitu. Penonton juga dapat berasakan ketakutan yang dialami angkasawan itu pada saat kapal mereka diganggu tetamu yang tidak diundang.

Pergerakan kamera juga banyak membantu untuk menerbitkan perasaan cemas penonton kerana teknik itu seolah-olah membawa mereka sama-sama berada di atas bulan dan melalui sendiri pengalaman ngeri berkenaan. Bayangkan dalam keadaan yang amat sunyi serta berada sejauh 238,854 batu dari muka bumi tanpa ada manusia lain, mereka terpaksa bersabung nyawa untuk melepaskan diri dalam cengkaman makhluk itu.

Meskipun tidak membariskan pelakon yg popular, filem ini masih boleh ditonton kerana setiap daripada mereka mampu menjiwai watak mereka dengan baik. Filem ini juga mengetengahkan mesej yang berguna iaitu erti persahabatan serta semangat nasionalisme sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk negara.

Begitupun, bagi mereka yang gemarkan filem bercorak fiksyen sains dan thriller, janganlah menaruh harapan yang tinggi dan menganggap filem ini seperti filem Alien yang menampilkan makhluk asing dengan rupa menakutkan. Sebaliknya, apa yang menakutkan adalah apabila kita sendiri terasa bagaimana jika sesuatu yang menimpa kepada tiga angkasawan itu berlaku pada kita.

Angkasawan yg ke bulan itu juga sebenarnya tidak tahu ada benda lain yg hidup di sana sedangkan sebenarnya pihak NASA sendiri tahu risiko jika terjumpa makhluk itu.
OFFICIAL TRAILER APOLLO 18


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors