RSS

Sumbu Badak Hilang Dari Muzium


BRUSSELS: Pencuri semalam melarikan dua sumbu badak dari sebuah muzium di sini, kejadian ketiga seumpamanya di Belgium dalam masa kurang dua bulan.

Kejadian terbaru berlaku di Muzium Afrika di Namur, apabila seorang daripada kumpulan tiga orang melarikan kepala badak sumbu putih ketika rakannya mengalihkan tumpuan kakitangan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bahawa perdagangan sumbu badak diharamkan menerusi perjanjian Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar 1975.

Pegawai memberi amaran, perdagangan itu semakin meningkat dengan kastam melakukan tujuh rampasan sumbu badak di Kesatuan Eropah berbanding satu atau dua setahun pada masa lalu.

“Khabar angin yang tersebar di Asia mendakwa serbuk yang dihasilkan daripada sumbu badak boleh merawat barah,” kata Anne Banden Bloock.

“Ini mendorong peningkatan harga sumbu haiwan itu, baru-baru ini.

Awal bulan lalu, pencuri melarikan kepala badak dari Muzium Sejarah Semula Jadi Brussels sementara dalam kejadian lain, seorang perompak dengan bantuan rakannya, mencuri kepala haiwan itu di Muzium Liege.

Dia bagaimanapaun ditangkap dan kepala badak itu ditemui semula. - AFP


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors