RSS

Kad raya makin dilupakan


Satu ketika dulu, kad ucapan Aidilfitri antara yang wajib dibeli menjelang perayaan, namun kini ia semakin kurang diminati berikutan persaingan dari kad ucapan elektronik.

Tinjauan di Lebuh India, di sini yang menjadi tumpuan membeli barangan keperluan menyambut perayaan, mendapati hanya dua kedai yang menjual kad ucapan itu.Pembantu kedai, Nur Nisa Bujang, 23, berkata sebelum ini mereka mampu menjual antara 6,000 hingga 7,000 keping kad ucapan setiap kali menjelang perayaan, namun kini permintaan jauh berkurangan.”Tidak ramai lagi yang berminat membeli kad ucapan perayaan kerana ketika ini ramai lebih gemar menghantar kad ucapan elektronik menggunakan telefon bimbit ataupun komputer,” katanya.

Nur Nisa berkata kedainya sudah mempamerkan kad ucapan di hadapan kedai sejak 1 Ogos lalu untuk dijual tetapi setakat ini belum ada yang membelinya dan menjangkakan jualan akan meningkat dua minggu sebelum Aidilfitri.

Katanya, peningkatan kos bagi menghantar kad ucapan hari raya menggunakan perkhidmatan pos juga menyebabkan orang ramai memilih untuk menghantar kad ucapan elektronik.

P/S - Mungkin orang sekarang lebih suka cara yang mudah dan pantas…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors