Tuntutan itu dibuat berdasarkan maklumat lokasi pengguna peralatan itu yang dipaparkan kepada umum melalui aplikasi iPhone.
Seorang daripada peguam plaintif, Kim Hyeong-seok, berkata setiap seorang pengguna terbabit mengemukakan tuntutan ganti rugi bernilai RM2,793.
“Mereka mensasarkan Apple dan anak syarikatnya di Korea Selatan bagi melindungi hak privasi masing-masing,” katanya.
Jurucakap Apple di Seoul enggan memberi komen.
Apple berdepan dengan pelbagai aduan dan kritikan sejak April lalu apabila didapati peralatan iPhone menyimpan data mengenai lokasi menara pemancar berhampiran serta kawasan memiliki liputan Internet sehingga setahun.
Maklumat itu boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi merangka pergerakan harian pemilik iPhone.
Apple juga menyatakan, satu masalah perisian menyebabkan iPhone terus menghantar data lokasi penggunanya kepada pelayan syarikat itu walaupun perkhidmatan berkenaan dimatikan.
Awal tahun ini, Kim mengheret Apple ke mahkamah atas alasan privasi dan hakim mengarahkan dia diberi ganti rugi sebanyak RM2,784.
Katanya, kes saman terbaru itu dijangka mula didengar pada Oktober atau November ini. - TS